Tuesday 4 March 2014

Pemergian insan bergelar ayah

Assalamualaikum...

Sekian lama menyepi . alhamdulillah .. masih mampu berdiri , masih mampu menikmati keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t , masih diberi kesempatan utk berada dijalan yang diredhai ...


 11/02/2014 - Mungkin bagi sesetengah orang dekat luar sana , tarikh biasa. tidak ada apa2 yang istimewa. mungkin juga tarikh ini merupakan tarikh lahir anda , tarikh menempuh alam pekerjaan , tarikh bertunang dan sebagainya... Tapi lain pula bagi azy, azy telah kehilangan ayah... Al-fatihah utk arwah ayah , Abdul Rashid bin Harun . Moga dilapangkan kubur abah dan ditempatkan dikalangan orang beriman . Kami sangat merindui abah .. Walaupon kadang2 jiji rasa xpercaya abah dah meninggalkan kami .. maafkan jiji jika tak mampu menjadi anak yang baik .. maafkan jiji sebab tak ada masa abah memerlukan ..


04/02/2014
Kehidupan aku tak sama dengan pelajar biasa . bila aku menjadi sebahagian keluarga palapes, aku perlu korbankan cuti semester.. alhamdulillah . masa dapat panggilan dari kakak, aku hanya sibuk dengan tugas rutin didapur markas . allah dah memudahkan aku . allah bagi aku peluang utk jaga abah aku , walaupon sekejap ..pukul 8mlm ,  kakak aku bergerak dari KL ke bentong utk ambil aku yg sedang menjalani perkhemahan tahunan palapes .. Rasa macam tak percaya , bila dapat tahu abah aku da nazak. Hanya allah yang tahu bagaimana perasaan aku masa tu. aku tak pernah lalui semua ni . aku tak pernah rasa kehilangan darah daging aku sendiri ..


05/02/2014 
Aku melawat ayah aku , buat pertama kalinya aku g melawat abah selepas beberapa bulan . jadual latihan terlalu banyak sem lepas ditambah pula dengan latihan untuk SUKEM UKM , aku tak berkesempatan nak balik , untuk melawat ayah . tapi aku tahu tu bukan alasan yang aku perlu guna . Kali terakhir aku melawat abah , masa raya haji . masa tu abah tak tenat. abah tak seteruk yang aku lihat sekarang. abah mampu bercakap . mampu senyum . mampu berjalan . mampu makan sendiri . Semuanya berubah bila aku datang jumpe abah . abah dah xmampu nak buat apa2.. abah kena pakai lampin . abah da kurus. muka abah dah cengkung . masa jiji sampai , abah mintak jiji urutkan kaki . abah taknak anak2 abah yang lain urut . terima kasih abah sebab suruh jiji urut abah . sekurang2nya jiji ada memori dengan abah . abah mintak beli beg duit baru, sebab beg duit abah ada org curi dekat wad & abah teringin nak makan satay dengan kuah tomyam .. Alhamdulillah .. lin tunaikan keinginan abah.. malam tu , kami balik kl . akk aku perlu siapkn kerja kt sekolah dan abg ipar aku duty pada esoknya, maklum lah , askar memang susah nak cuti .. aku pula terpaksa kemaskan barang2 dekat kolej dan balik semula kuantan.


07/02/2014
Aku datang melawat abah. abah banyak tido .. abah tak sedar pon jiji datang . jiji mampu tengok abah tido dalam keadaan tercungap2 . hati sayu sangat bila tengok keadaan abah yang dah tak bermaya . abah asik mimpi. abah pangil "makk..makkk.. " , mungkin abah rindukan nenek . abah asik tanya adik beradik abah mana. abah asik mintak nak balik mersing. nak duduk rumah adik abah. Tapi , abah perlukan pemerhatian pakar. Kanser Paru2 abah dah stage 4. kami tak setuju abah nak duduk rumah adik abah.


08/02/2014
Jiji , kakak , lin , zura, dilah dan abg ropi datang melawat abah . masa tu abah da semakin kritikal . abah dah xmampu nak minum guna straw , abah dah tak mampu nak cakap banyak . abah jadi sesak nafas bila cakap banyak dan abah asik sakit dada , mungkin sebab tebukan kt dada utk buang air dekat paru2 abah tu . Doktor da letak banyak wayar dekat dada abah , ubat jantung diberi 24jam untuk abah . Lepas abah mengadu sakit dada, doktor panggil kami semua utk bagitahu keadaan abah . jiji tak pergi pon. jiji duduk dekat abah sebab jiji takut jiji menangis . Kami baca yassin utk abah. abah macam tak sedar sangat. degupan jantung abah pon sekejap ok, sekejap tak. kami tak bagi abah tido. kami semua bergilir2 ajar abah mengucap, abah cakap abah mengantuk . tapi kami tak bagi abah tido. kami tak henti2 suruh abah mengucap... alhamdulillah , allah bagi peluang dekat abah utk terus bernafas . Masa abah dalam keadaan separuh sedar, mak datang untuk minta maaf . mak menangis teresak2. walaupon dah lebih dari 20tahun berpisah, tapi mak tak pernah benci abah . mak sedih bila tengok abah dah tak berdaya . maafkan jiji sebab balik awal hari tu, tiba2 jiji demam dan cirit birit sebab keracunan makanan . hari ahad jiji tak tengok abah sebab jiji tak larat nak bangun . kakak , lin , dilah dan zura je yang jage abah hari tu. tapi kakak dan lin terpaksa balik, sebab kena kerja .

10/02/2014 
Demam jiji dah semakin pulih . jiji pergi melawat abah . abah berkeras nak balik mersing . Abah suruh adik abah jumpa doktor minta kebenaran keluar hospital . Doktor datang pujuk abah supaya abah tak keluar hospital sebab abah dah tak mampu makan . walaupon doktor takde bagi jaminan abah akan sembuh , tapi doktor nak abah pergi dengan keadaan yang tak tersiksa. tapi abah berkeras hati nak balik . Doktor dah jelaskan dekat kami, berkemungkinan abah tak sempat sampai mersing. sebab abah perlu dibekalkan ubat jantung dan oksigen sepanjang masa . Kami akur dengan keputusan abah nak duduk rumah adik abah . Alhamdulillah , jiji sempat salam abah , untuk kali terakhir. Petang tu abah dihantar menggunakan ambulance dekat mersing. nasib baik zura boleh temankan abah. Abah sampai rumah adik abah dalam pkul 7. Alhamdulillah . abah selamat sampai . pukul 12.30 pagi, mak dapat panggilan dari adik abah , sbb nak bagitahu abah dah tinggalkan kami sekeluarga. masa jiji dapat tahu tu, jiji xmenangis. jiji diam . jiji dah bersedia selepas doktor bagitahu. jiji dah redha . jiji tak sanggup tengok abah tersiksa. jiji tak boleh tido. jiji tak percaya abah dah tinggalkan kami . dan jiji terkilan sebab kami adik beradik tak ada masa abah menghembuskan nafas yang terakhir . maafkan kami abah.. maafkan kami sebab tak ada disisi abah .

11/02/2014
pukul 6 pagi kami bersiap2 dan lin dah sampai dari kl . pukul 7.30 kami gerak dari kuantan . kami pergi naik kereta berasingan. kakak dah tunggu dekat mersing. ada tempat yang boleh jiji bawak laju , jiji laju . sebab jiji takut tak sempat tengok abah untuk kali terakhir . pukul 10.30 kami sampai mersing... Alhamdulillah . allah bagi kami peluang utk tengok abah buat kali terakhir, walaupon hanya dapat tengok abah dalam keadaan terbaring kaku , tak mampu pandang dan senyum pada kami lagi . terima kasih ya allah sebab bagi kami cium abah untuk kali terakhir. Air mata kami mengalir saat abah dikafankan . Sungguh kami merasa kehilangan abah . kami tabahkan hati. kami cuba bertenang dan kami cuba tahan air mata kami dari menitis. Selepas siap solat jenazah , kami iringi abah ke tanah perkuburan , kami dah mampu tahan air mata kami. bila selesai pengebumian abah , semua balik untuk buat persiapan dekat rumah . Kami 5 beradik duduk dekat kubur abah . kami bacakan yassin . maafkan kami abah . air mata kami gugur lagi. kami tak mampu nak tahan perasaan sedih kami .kehilangan seorang ayah , sangat kami rasai . Alhamdulliah , abah selamat dikebumikan . cuaca panas dan bertukar sedikit mendung mengiringi pemergian abah .


jiji teringat kata2 positif dari abah. abah cakap abah akan sembuh . abah akan mampu jadi seperti dulu . abah nak pergi menunaikan haji . abah ada pesan dekat kami , supaya jangan bergaduh adik beradik . insyaallah abah. kami takkan bergaduh . kami akan ingat semua pesanan abah .


Jiji tahu allah lebih sayangkan abah. kami sentiasa doakan abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. tunggu kami di pintu syurga ya abah . insyaallah .. kami sayangkan abah. halal kan makan minum kami adik beradik .



" Ya Allah, dari-Mu kami datangkepada-Mu kami kembali "









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...